salam Pictures, Images and Photos

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya



Salam Lebaran akak hulurkan pada semua sahabat2 maya..biarpun kita tidak pernah ketemu tapi kehadiran kalian amat menghiburkan..blog2 kalian sering menjadi teman ketika kelapangan..dan juga banyak yg akak pelajari dari blog2 kalian semua..
Kehadiran syawal tahun ini begitu istimewa sekali...mana taknya jika syawal jatuh pada 20 september maka akak akan meraikan hari raya dan ulang tahun sekali gus..yg lebih istimewa akak kongsi tarikh lahir ngan anak akak yg bongsu yg genap 2 tahun pada 20 september ini...satu dunia bakal meraikan hari lahir kami nanti kan..ngeee..best la pulak...emm..macamana nak buat sambutan hari lahir ekk..??hhehe..pasti semua jiran2 tetangga pulang beraya dikampung..entah la blom rancang apa2 lagi..tengok la nanti macamana kan..
Persiapan raya dan ready 90%..cuma kukis raya ajer blom cukup lagi..mana taknya akak sebok buatkan kukis yg orang tempah..kukis sendiri tak tau bila nak buat lagi..adoii..anak2 pun asik tanya bila mama nak buat kukis raya untuk mereka..esok akak last keja..n bercuti sampai 1 oktober..panjangnya cuti raya...jangan jeles tauuu...dah cuti tu sempat la kot nak buat 2-3 jenis kukis..
Dah bz ngan nak wat kukis nie maka aktiviti berkebun di FB kena di rehatkan buat sementara..nak minta tolong PA pun tak patut sangat la kan...PA pun nak raya jugak...kah kah kah...
Agaknya ini adalah entri terakhir dibulan september ini..di sini akak mengambil kesempatan menghulurkan tangan penuh keikhlasan memohon ampun dan maaf andai ada kata2 dalam penulisan yang menyinggung perasaan kawan2 bloggers semua..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari akak sekeluarga.Berhati2 ketika memandu ingatlah pada orang yang tersayang...

Saturday, September 5, 2009

Sosej Roll






Yeehaaa..akak kembali lagi setelah lama tak hapdet blog nie..bukan kemana2 pun..akak kini sedang sibuk mengerjakan ladang kat FB..kah kah kah..belajar berladang ngan ieta (http://ietafamily.blogspot.com/)lagi pulak bulan puasa nie sibuk dirumah ngan anak2 jugak..
Ari ni akak nak kongsi resepi Sosej Roll..resepi biasa ajer..semua org tahu buat..tapi pedulik aper kan..tetap akan akak posting jugak..kah kah kah..ade jugak masak2 bende lain tapi macam biasa la kan..terlupa nak snap gambar..hehe..




SOSEJ ROLL

Bahan2:



  • 12 keping Roti Gardenia
  • telur(di pukul macam scrambled agg)
  • sosej
  • tepung gamdum(di bancuh dgn sedikit air)



Cara-cara:

  1. Roti gardenia dicanai sehingga leper


  2. masukkan sosej kedalam roti dan gulungkan,gam hujungnya dengan tepung gandum.


  3. celup kedalam telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit minyak serta api yang sederhana.


  4. dah cukup masak bolehlah diangkat dan dipotong.


  5. Sedia untuk dihidangkan bersama sos thai n mayo.