salam Pictures, Images and Photos
Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Friday, August 14, 2009

H1N1 lagi

Hari ahad mlm yg lalu rakan sekerja akak telah dimasukkan kehospital SG.Petani,beliau di tahan dalam wad kerana disyaki di jangkiti virus H1N1.Hari Isnin baru akak diberitahu tentang rakan sekerja ini..akak pun terkejut juga,tapi akak doakan semoga rakan akak nie sihat dan tidak dijangkiti virus bahaya itu.Rakan akak nie mengandung 2 bulan..



kesian kat dia..doktor bagi dia makan ubat anti virus tapi doktor pun tidak memberi apa2 jaminan terhadap kandungannya nanti..tawakal sajalah..Tapi semalam akak telah diberitahu khabar gembira..kawan akak nie telah pun discas dari wad..walaupun dia positif H1N1 tapi oleh kerana dia segera ke hospital dan mendapatkan rawatan serta ubat anti virus maka virus itu tidak kekal dalam dirinya.Tapi buat masa sekarang ini dia masih lagi dikuarantinkan..Rindu pulak akak pada dia..yalahkan dah ari2 kerja bersama tapi bila dia cuti lama rindu laa..emm..akak doakan semoga Yana cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa..

note:kalau terasa tidak sihat segeralah ke hospital untuk mendapat rawatan segera..mungkin dengan tindakkan awal itu dapat menyelamatkan kita..