salam Pictures, Images and Photos
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Friday, August 14, 2009

H1N1 lagi

Hari ahad mlm yg lalu rakan sekerja akak telah dimasukkan kehospital SG.Petani,beliau di tahan dalam wad kerana disyaki di jangkiti virus H1N1.Hari Isnin baru akak diberitahu tentang rakan sekerja ini..akak pun terkejut juga,tapi akak doakan semoga rakan akak nie sihat dan tidak dijangkiti virus bahaya itu.Rakan akak nie mengandung 2 bulan..



kesian kat dia..doktor bagi dia makan ubat anti virus tapi doktor pun tidak memberi apa2 jaminan terhadap kandungannya nanti..tawakal sajalah..Tapi semalam akak telah diberitahu khabar gembira..kawan akak nie telah pun discas dari wad..walaupun dia positif H1N1 tapi oleh kerana dia segera ke hospital dan mendapatkan rawatan serta ubat anti virus maka virus itu tidak kekal dalam dirinya.Tapi buat masa sekarang ini dia masih lagi dikuarantinkan..Rindu pulak akak pada dia..yalahkan dah ari2 kerja bersama tapi bila dia cuti lama rindu laa..emm..akak doakan semoga Yana cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa..

note:kalau terasa tidak sihat segeralah ke hospital untuk mendapat rawatan segera..mungkin dengan tindakkan awal itu dapat menyelamatkan kita..


Monday, July 20, 2009

Assalamualaikum

macamana la agaknya boleh tercipta blog nie..haha..bukan sebab nak glemerkan blog macam bloggers2 yang dah popular tu tau..tidak sama sekali untuk menandingi mereka..blog ini terbina hanya kerana minat saja..akak minat dalam dunia internet nie hehe..maklum la kan dunia internet nie adalah satu perkara baru bagi akak..dulu-dulu masa akak skolah dalam tahun 80an mana ada pendedahan tentang IT dan internet nie..dulu lepas aje skolah pegi blaja trengkas ler..hehe..lepas tu upgred sket sambung blaja komputer pulak..belaja basic aje..dapat guna komputer pun masa dalam kelas itu saja lah..tiada pendedahan tentang internet lagi...selepas dah bekerja dalam hujung2 tahun 90an tu barulah akak berjinak2 dengan internet nie..benda paling senang nak belajar tentang internet ialah chatting la kan..hahaha..giler chatting la pulak..aduhh..dan akak start mengenali dunia blog nie dari porem Cari.com la..dan dari situ la akak mula belajar apa itu blog..dan akak juga ada register blog dari multiply..itu lah blog akak yg pertama dan akak maintain sampai ke hari ni..



Blog ini pula tentang apa agaknya ya..??sebenarnya tajuk ajer Da Kitchen hehe..maklum la kan akak nie orang dapur...isteri kepada suami tersayang dan ibu kepada 5 orang cahaya mata...tapi bukan bererti semua entri akan berkisar tentang dapur ajer..blog nie kira macam pasembor penang la..semuanya ada...macam iklan astro.."macam2 adaaaaa"

Oklah..kiranya ini entri pengenalan la ekk..akak tidak berharap sangat blog ini akan jadi pemes tau..akak cuma suka2 saja..nak tulis dan share apa yg akak suka pada pembaca diluar sana..hikhikhik..ade ke pembaca nih...hahahaha..

Apa yang akak harapkan pada readers semua tolonglah tunjuk ajar pada buah cempedak di luar pagar...hihihi..ikhlas dari hati yang tulus akak nie walau dah tua tapi masih kabur dalam dunia bloggers nie..harap ada yang sudi untuk memberi tips2 dan tunjuk ajar untuk akak meningkatkan traffic blog ini..