salam Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 26, 2009

Rendang Ayam


Entri pertama sejak bulan posa nie..akak pulang berpuasa pertama ngan ayah bonda di kampung..tu pasal la blog tak berhapdet.Banyak gak menu yg akak dah masak masa 3 ari dikampung tapi bila dah sibuk2 tu terlupa pulak nak ambik gamba..takde gambar tak best la nak letak resepi kan..emm..nih resepi rendang ayam ni pun gamba ambik masa akak bawak bekal datang keje..haaa..jangan korang ingat akak tak posa lak ekk..akak keje malam haa..berbuka ngan kawan2 ajer la..tapi sebelum datang keje petang tadi akak masak la apa yang patut untuk anak2 dan suami tersayang..lagipun boleh gak akak bawak bekal berbuka kat tempat keje.Kat kantin makanan semua mahal..dah la tak sedap..takde selera langsung nak makan.
asik berborak ajer nanti terlupa lak nak letak resepi..kah kah kah...
nie resepi mak akak ler..




RENDANG AYAM BONDA


Bahan-bahan

ayam kampung 1 ekor, (boleh gak kalau nak pakai ayam pencen)
bawang besar 3 ulas *
bawang putih 2 ulas *
halia 1 inci *
serai 3 batang *
lengkuas 1 1/2 inci *
kunyit 1 inci *
cili boh *
kerisik
santan
daun kunyit (hiris)


Cara-cara

bersihkan ayam dahulu.
campurkan semua bahan yang bertanda * .
masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang telah dicampur tadi tak payah tumis. Biarkan dia mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan, kalau nak tambah air pun boleh.
agak2 dah nampak cabai tu masak boleh masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.Bila dah nampak kering dan berminyak boleh la diangkat.
Siap untuk di hidang. sedap di makan ngn lemang mahupun nasi putih panas2.



Adoiiiii laa..ishhh..nie la bahananya suka sgt makan kepala ikan asek pelupa ajer haa..
sebenarnya entri nie akak draff sebelum berbuka tadi..ingat nanti masa berbuka nak snap gamba rendang dalam bekal akak tu la..then elok aje masuk waktu berbuka ngap sampai abis terlupa langsung nak amik gamba..kah kah kah..member cakap "hang ambik gambaq tepawe yg dah kosong tu aje lah.."cissss!!....emmmm..oleh kerana entri ni dah draff maka publish ajer la tanpa gamba yea..nanti bila akak buat rendang ayam lagi akak akan amik gamba...hehe..jgn mareee...


hokkeyy...nih sudah ade gambarnyaa..yessszzzaa..hehe..mujur akak balik umah tengok rendang masih berbaki..terus saja akak snap sekeping..keh keh keh..

Sunday, August 16, 2009

Laksa Kulim


Tengahari tadi lepas aje abis buat biskut akak buat laksa lak..laksa nie kegemaran cik abang laa..dia suka sangat makan laksa nie..anak2 lak so so aje la..nak kata suka sangat macam bapak dorang takde la..akak lak memang suka gak la..tapi kalau kena musim ujan makan laksa banyak2 mau kembang urat la..biasa la kan..pompuan kalau dah beranak ramai nie..urat kembang sana sini..kah..kah..kah..
nak resepi gak ker..??hhehee..leh la taruk gak ekk...
LAKSA KULIM(hehe pasai akak dok kulim)
Bahan-bahan:

1 kilo Ikan selayang atau ikan termenung
6 keping Asam Gelugor (kalau suka masam letak lebih sikit)
1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
1 Ikat Daun Kesom
Garam dan Serbuk Perisa secukup rasa
Bahan kisar:
4 biji bawang besar
15 tangkai cili kering (direndam seketika)
4cm Belacan

Bahan Ulam:
3 Biji Timun dihiris nipis memanjang
3 Biji Bawang Besar Dihiris Nipis
1 ikat Daun Selom atau salad dihiris nipis kalau taruk daun gajus pun best gak
5 Biji Telur direbus dan belah dua
3 Biji Limau Nipisatau kasturi dan belah 2
5 Biji Cili Padi atau Cili Merah dipotong kecil

Cara-cara :

Rebus laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.
Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak.
Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.
Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)
Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..
Masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.
Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan


Biskut Jejari Oats




Hari nie agak terlebih rajin,awal-awal pagi akak dah wat kuih raya..eceli biskut nih ada kawan2 yg minta akak buatkan untuk dorang..jadi akak wat la sikit sample boleh la akak ambik oder lebih sikit kan..alang2 dah nak buat jual tu..biar la banyak sikit..tapi akak wat biskut ini ajer la..tak berani la pulak nak buat banyak2..takut tak terkejar lak nanti..al maklum la akak nie baru nak mencuba bidang bisnes kuih raya nie kan..lagi pulak nak buat kuih lain tu akak rasa nak kena gi kursus kot..baru konfiden..takut la kuih tak cantik lak nanti..org buat jual ni biskut mesti la yg cantik2 kan..ari nih akak wat sample biskut jejari oats..resepi helikonia yg akak amik dari my resepi.net..

JERARI OATS(resepi sumbangan Helikonia)

Bahan-bahan :

  • 250gm oats
  • 430gm tepung gandum
  • 230gm gula kastor
  • 1 1/2 camca besar serbuk koko
  • 200gm ghee
  • 125gm butter(boleh guna marjerin jugak)
  • susu tepung secukupnya untuk coating

Cara-caranya:

  1. Campurkan oats,gula,koko,ghee dan butter.Gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh di terap.Tidak perlu menggunakan kesemua tepung jika doh sudah cukup lembut.
  3. Ambik sedikit doh dan terap dengan acuan
  4. Bakar didalam oven dengan suhu 160 C
  5. Biarkan biskut sejuk dahulu barulah coating dengan susu tepung.

Saturday, August 15, 2009

Sos Yong Tau Foo

Photobucket

Sebenarnya yong tau foo nie akak buat 2-3 minggu lepas..tapi macam malas lak nak update kat blog..hehe ari nie terlebih rajin sket..itu yg terlebey sudah..hahaha..
akak suka makan yong tau foo nie..anak2 pun suke gak..kalau akak malas wat kuahnya akak guna ajer kuah rojak yg sedia untuk dimakan tu..haa..sedap jugak tau..tapi untuk yang ini akak wat la kuahnya..sapa2 yang nak cuba tu boleh la..
resepinya akak amik dari resepi.net..

Sos Yong Tau Foo

Bahan-Bahan:

10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air- boleh juge gune tpg gandum
sedikit ajinomoto- jika suka.

Cara-cara

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain



Friday, August 14, 2009

Fruits Elements




Digital Scrap booking element lagi.Akak memang ada banyak koleksi digital scrap booking ini..ada yg akak kumpul dari internet dan ada juga yang kawan2 kasi..apa yg akak kongsikan disini akak pun dah lupa dari mana sumbernya

..pasal akak simpan semuanya dalam pendrive..dah banyak sangat akak pun tak ingat dari mana asalnya..jika ada yg rasa element itu haknya..tolong bagitau akak yea..nanti akak akan kreditkan kat sini..kalau ada rakan2 blogger yg juga minat pada digital scrap booking ini ada juga ada mengumpul freebies yg cantik2 bolehlah kita berkongsi bersama yea..

download disini:
http://www.savefile.com/files/2181045


H1N1 lagi

Hari ahad mlm yg lalu rakan sekerja akak telah dimasukkan kehospital SG.Petani,beliau di tahan dalam wad kerana disyaki di jangkiti virus H1N1.Hari Isnin baru akak diberitahu tentang rakan sekerja ini..akak pun terkejut juga,tapi akak doakan semoga rakan akak nie sihat dan tidak dijangkiti virus bahaya itu.Rakan akak nie mengandung 2 bulan..



kesian kat dia..doktor bagi dia makan ubat anti virus tapi doktor pun tidak memberi apa2 jaminan terhadap kandungannya nanti..tawakal sajalah..Tapi semalam akak telah diberitahu khabar gembira..kawan akak nie telah pun discas dari wad..walaupun dia positif H1N1 tapi oleh kerana dia segera ke hospital dan mendapatkan rawatan serta ubat anti virus maka virus itu tidak kekal dalam dirinya.Tapi buat masa sekarang ini dia masih lagi dikuarantinkan..Rindu pulak akak pada dia..yalahkan dah ari2 kerja bersama tapi bila dia cuti lama rindu laa..emm..akak doakan semoga Yana cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa..

note:kalau terasa tidak sihat segeralah ke hospital untuk mendapat rawatan segera..mungkin dengan tindakkan awal itu dapat menyelamatkan kita..


Tuesday, August 11, 2009

Summer Alpha

Untuk yg berminat pada digital scrapbooking nie akak ada nak share koleksi yang akak ade..
Download : http://www.savefile.com/files/2178263

Digital Scrap Booking

Akak juga suka dengan digital scrap book nie..ye la kan takde la payah2 nak mengunting,menampal dan menyemak bagai..hehe..bahan2nya akak carik dalam ternet ajer la..
ada akak buat koleksi..nanti akak akan share kat sini..
ari nie akak ade buat satu gambar scrap..camne..?cantik tak..??iiiii..so so ajer lah kan...
ahaks!ok lah kalau ade sapa2 yg punya hobi yg sama ngan akak boleh la kita share-share kan..