salam Pictures, Images and Photos

Sunday, July 26, 2009

Masak lemak pucuk ubi dengan ikan kering

Ari Sabtu lepas akak ke pasar bekenan tengok pucuk ubi segar bugar tu..teringin lak nak makan masakan kampung.Akak pun beli la 2 ikat nak masak lemak cili api ngan ikan kering..
selera betul makan nasik..tambah lak ngan sambal tumis sotong...fuhh..terangkat..




MASAK LEMAK PUCUK UBI DENGAN IKAN KERING

  • 3 ikat pucuk ubi
  • 300 gm tulang ikan talang kering
  • 1 sm kunyit hidup
  • 1 biji bawang merah
  • 8 biji cili api
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam gelugur
  • santan (ikut suka)
  • sedikit garam

CARA-CARA

  1. Hiris pucuk ubi agak2 nipis dan rebus.Setelah pucuk ubi empuk buangkan air rebusan itu.
  2. kunyit,bawang dan cili api di tumbuk,serai dititik dan dimasukkan kedalam periuk yg berisi pucuk ubi tadi.
  3. Rebus pucuk ubi bersama bahan yg di tumbuk bersama santan cair dan ikan kering,asam keping bersama santan cair.
  4. Tambah sedikit garam,bila dah mendidih masukkan pati santan..kacau sehingga santan masak dan angkat.


Tuesday, July 21, 2009

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Minggu lepas ada member hubby datang jual petai kat umah..10 tangkai rm6 aje.
Ini la petai yg akak beli tu..sempat lagi berpossing haa..





Dah lama tak buat sambal tumis petai lah.. guna udang yang sederhana besar ajer..anak2 dara akak tu tak suka sangat makan udang..
kalau buat sambal tumis ngan petai tu depa pilih ambik petai ajer..udangnya tinggal dalam piring..petai akak ambil biji ajer..akak tak suka makan petai ngan kulit..
Untuk entri resepi yang pertama nie akak persembahkan la sambal tumis petai yang dah pun akak snap,hemm..belum pandai nak snap gamba yg cantik2..hehe..









Monday, July 20, 2009

Assalamualaikum

macamana la agaknya boleh tercipta blog nie..haha..bukan sebab nak glemerkan blog macam bloggers2 yang dah popular tu tau..tidak sama sekali untuk menandingi mereka..blog ini terbina hanya kerana minat saja..akak minat dalam dunia internet nie hehe..maklum la kan dunia internet nie adalah satu perkara baru bagi akak..dulu-dulu masa akak skolah dalam tahun 80an mana ada pendedahan tentang IT dan internet nie..dulu lepas aje skolah pegi blaja trengkas ler..hehe..lepas tu upgred sket sambung blaja komputer pulak..belaja basic aje..dapat guna komputer pun masa dalam kelas itu saja lah..tiada pendedahan tentang internet lagi...selepas dah bekerja dalam hujung2 tahun 90an tu barulah akak berjinak2 dengan internet nie..benda paling senang nak belajar tentang internet ialah chatting la kan..hahaha..giler chatting la pulak..aduhh..dan akak start mengenali dunia blog nie dari porem Cari.com la..dan dari situ la akak mula belajar apa itu blog..dan akak juga ada register blog dari multiply..itu lah blog akak yg pertama dan akak maintain sampai ke hari ni..



Blog ini pula tentang apa agaknya ya..??sebenarnya tajuk ajer Da Kitchen hehe..maklum la kan akak nie orang dapur...isteri kepada suami tersayang dan ibu kepada 5 orang cahaya mata...tapi bukan bererti semua entri akan berkisar tentang dapur ajer..blog nie kira macam pasembor penang la..semuanya ada...macam iklan astro.."macam2 adaaaaa"

Oklah..kiranya ini entri pengenalan la ekk..akak tidak berharap sangat blog ini akan jadi pemes tau..akak cuma suka2 saja..nak tulis dan share apa yg akak suka pada pembaca diluar sana..hikhikhik..ade ke pembaca nih...hahahaha..

Apa yang akak harapkan pada readers semua tolonglah tunjuk ajar pada buah cempedak di luar pagar...hihihi..ikhlas dari hati yang tulus akak nie walau dah tua tapi masih kabur dalam dunia bloggers nie..harap ada yang sudi untuk memberi tips2 dan tunjuk ajar untuk akak meningkatkan traffic blog ini..