Sunday, August 16, 2009

Biskut Jejari Oats




Hari nie agak terlebih rajin,awal-awal pagi akak dah wat kuih raya..eceli biskut nih ada kawan2 yg minta akak buatkan untuk dorang..jadi akak wat la sikit sample boleh la akak ambik oder lebih sikit kan..alang2 dah nak buat jual tu..biar la banyak sikit..tapi akak wat biskut ini ajer la..tak berani la pulak nak buat banyak2..takut tak terkejar lak nanti..al maklum la akak nie baru nak mencuba bidang bisnes kuih raya nie kan..lagi pulak nak buat kuih lain tu akak rasa nak kena gi kursus kot..baru konfiden..takut la kuih tak cantik lak nanti..org buat jual ni biskut mesti la yg cantik2 kan..ari nih akak wat sample biskut jejari oats..resepi helikonia yg akak amik dari my resepi.net..

JERARI OATS(resepi sumbangan Helikonia)

Bahan-bahan :

  • 250gm oats
  • 430gm tepung gandum
  • 230gm gula kastor
  • 1 1/2 camca besar serbuk koko
  • 200gm ghee
  • 125gm butter(boleh guna marjerin jugak)
  • susu tepung secukupnya untuk coating

Cara-caranya:

  1. Campurkan oats,gula,koko,ghee dan butter.Gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh di terap.Tidak perlu menggunakan kesemua tepung jika doh sudah cukup lembut.
  3. Ambik sedikit doh dan terap dengan acuan
  4. Bakar didalam oven dengan suhu 160 C
  5. Biarkan biskut sejuk dahulu barulah coating dengan susu tepung.

1 comments:

Anonymous said...

sedapnya biskut ni..tapi nak tanya selalunya pakai susu tepung apa ya...tq.

Post a Comment

silalah tinggalkan sepatah dua kata