Monday, September 14, 2009
Selamat Hari Raya
Posted by Jendelahatiku4ever at 11:16 AM 2 comments
Saturday, September 5, 2009
Sosej Roll
Yeehaaa..akak kembali lagi setelah lama tak hapdet blog nie..bukan kemana2 pun..akak kini sedang sibuk mengerjakan ladang kat FB..kah kah kah..belajar berladang ngan ieta (http://ietafamily.blogspot.com/)lagi pulak bulan puasa nie sibuk dirumah ngan anak2 jugak..
Ari ni akak nak kongsi resepi Sosej Roll..resepi biasa ajer..semua org tahu buat..tapi pedulik aper kan..tetap akan akak posting jugak..kah kah kah..ade jugak masak2 bende lain tapi macam biasa la kan..terlupa nak snap gambar..hehe..
SOSEJ ROLL
Bahan2:
- 12 keping Roti Gardenia
- telur(di pukul macam scrambled agg)
- sosej
- tepung gamdum(di bancuh dgn sedikit air)
Cara-cara:
- Roti gardenia dicanai sehingga leper
- masukkan sosej kedalam roti dan gulungkan,gam hujungnya dengan tepung gandum.
- celup kedalam telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit minyak serta api yang sederhana.
- dah cukup masak bolehlah diangkat dan dipotong.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos thai n mayo.
Posted by Jendelahatiku4ever at 5:48 PM 1 comments
Labels: Roti
Wednesday, August 26, 2009
Rendang Ayam
bawang besar 3 ulas *
bawang putih 2 ulas *
halia 1 inci *
serai 3 batang *
lengkuas 1 1/2 inci *
kunyit 1 inci *
cili boh *
kerisik
santan
daun kunyit (hiris)
campurkan semua bahan yang bertanda * .
masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang telah dicampur tadi tak payah tumis. Biarkan dia mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan, kalau nak tambah air pun boleh.
agak2 dah nampak cabai tu masak boleh masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.Bila dah nampak kering dan berminyak boleh la diangkat.
Siap untuk di hidang. sedap di makan ngn lemang mahupun nasi putih panas2.
sebenarnya entri nie akak draff sebelum berbuka tadi..ingat nanti masa berbuka nak snap gamba rendang dalam bekal akak tu la..then elok aje masuk waktu berbuka ngap sampai abis terlupa langsung nak amik gamba..kah kah kah..member cakap "hang ambik gambaq tepawe yg dah kosong tu aje lah.."cissss!!....emmmm..oleh kerana entri ni dah draff maka publish ajer la tanpa gamba yea..nanti bila akak buat rendang ayam lagi akak akan amik gamba...hehe..jgn mareee...
hokkeyy...nih sudah ade gambarnyaa..yessszzzaa..hehe..mujur akak balik umah tengok rendang masih berbaki..terus saja akak snap sekeping..keh keh keh..
Posted by Jendelahatiku4ever at 5:40 AM 4 comments
Labels: ayam
Sunday, August 16, 2009
Laksa Kulim
1 kilo Ikan selayang atau ikan termenung
1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
1 Ikat Daun Kesom
Bahan kisar:
4 biji bawang besar
15 tangkai cili kering (direndam seketika)
4cm Belacan
Bahan Ulam:
3 Biji Timun dihiris nipis memanjang
3 Biji Bawang Besar Dihiris Nipis
1 ikat Daun Selom atau salad dihiris nipis kalau taruk daun gajus pun best gak
5 Biji Telur direbus dan belah dua
3 Biji Limau Nipisatau kasturi dan belah 2
Cara-cara :
Rebus laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.
Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak.
Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.
Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)
Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..
Masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.
Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan
Posted by Jendelahatiku4ever at 11:14 AM 3 comments
Labels: Mee Dan Pasta
Biskut Jejari Oats
Hari nie agak terlebih rajin,awal-awal pagi akak dah wat kuih raya..eceli biskut nih ada kawan2 yg minta akak buatkan untuk dorang..jadi akak wat la sikit sample boleh la akak ambik oder lebih sikit kan..alang2 dah nak buat jual tu..biar la banyak sikit..tapi akak wat biskut ini ajer la..tak berani la pulak nak buat banyak2..takut tak terkejar lak nanti..al maklum la akak nie baru nak mencuba bidang bisnes kuih raya nie kan..lagi pulak nak buat kuih lain tu akak rasa nak kena gi kursus kot..baru konfiden..takut la kuih tak cantik lak nanti..org buat jual ni biskut mesti la yg cantik2 kan..ari nih akak wat sample biskut jejari oats..resepi helikonia yg akak amik dari my resepi.net..
JERARI OATS(resepi sumbangan Helikonia)
Bahan-bahan :
- 250gm oats
- 430gm tepung gandum
- 230gm gula kastor
- 1 1/2 camca besar serbuk koko
- 200gm ghee
- 125gm butter(boleh guna marjerin jugak)
- susu tepung secukupnya untuk coating
Cara-caranya:
- Campurkan oats,gula,koko,ghee dan butter.Gaul sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh di terap.Tidak perlu menggunakan kesemua tepung jika doh sudah cukup lembut.
- Ambik sedikit doh dan terap dengan acuan
- Bakar didalam oven dengan suhu 160 C
- Biarkan biskut sejuk dahulu barulah coating dengan susu tepung.
Posted by Jendelahatiku4ever at 9:31 AM 1 comments
Labels: biskut
Saturday, August 15, 2009
Sos Yong Tau Foo
Sebenarnya yong tau foo nie akak buat 2-3 minggu lepas..tapi macam malas lak nak update kat blog..hehe ari nie terlebih rajin sket..itu yg terlebey sudah..hahaha..
akak suka makan yong tau foo nie..anak2 pun suke gak..kalau akak malas wat kuahnya akak guna ajer kuah rojak yg sedia untuk dimakan tu..haa..sedap jugak tau..tapi untuk yang ini akak wat la kuahnya..sapa2 yang nak cuba tu boleh la..
resepinya akak amik dari resepi.net..
Sos Yong Tau Foo
Bahan-Bahan:
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air- boleh juge gune tpg gandum
sedikit ajinomoto- jika suka.
Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
Posted by Jendelahatiku4ever at 12:26 AM 2 comments
Labels: sos pencicah
Friday, August 14, 2009
Fruits Elements
Digital Scrap booking element lagi.Akak memang ada banyak koleksi digital scrap booking ini..ada yg akak kumpul dari internet dan ada juga yang kawan2 kasi..apa yg akak kongsikan disini akak pun dah lupa dari mana sumbernya
..pasal akak simpan semuanya dalam pendrive..dah banyak sangat akak pun tak ingat dari mana asalnya..jika ada yg rasa element itu haknya..tolong bagitau akak yea..nanti akak akan kreditkan kat sini..kalau ada rakan2 blogger yg juga minat pada digital scrap booking ini ada juga ada mengumpul freebies yg cantik2 bolehlah kita berkongsi bersama yea..
download disini:
http://www.savefile.com/files/2181045
Posted by Jendelahatiku4ever at 11:00 PM 0 comments
Labels: digital scrapbooking, element, freebies, hobby
H1N1 lagi
Hari ahad mlm yg lalu rakan sekerja akak telah dimasukkan kehospital SG.Petani,beliau di tahan dalam wad kerana disyaki di jangkiti virus H1N1.Hari Isnin baru akak diberitahu tentang rakan sekerja ini..akak pun terkejut juga,tapi akak doakan semoga rakan akak nie sihat dan tidak dijangkiti virus bahaya itu.Rakan akak nie mengandung 2 bulan..
kesian kat dia..doktor bagi dia makan ubat anti virus tapi doktor pun tidak memberi apa2 jaminan terhadap kandungannya nanti..tawakal sajalah..Tapi semalam akak telah diberitahu khabar gembira..kawan akak nie telah pun discas dari wad..walaupun dia positif H1N1 tapi oleh kerana dia segera ke hospital dan mendapatkan rawatan serta ubat anti virus maka virus itu tidak kekal dalam dirinya.Tapi buat masa sekarang ini dia masih lagi dikuarantinkan..Rindu pulak akak pada dia..yalahkan dah ari2 kerja bersama tapi bila dia cuti lama rindu laa..emm..akak doakan semoga Yana cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa..
note:kalau terasa tidak sihat segeralah ke hospital untuk mendapat rawatan segera..mungkin dengan tindakkan awal itu dapat menyelamatkan kita..
Posted by Jendelahatiku4ever at 9:21 PM 3 comments
Tuesday, August 11, 2009
Summer Alpha
Untuk yg berminat pada digital scrapbooking nie akak ada nak share koleksi yang akak ade..Download : http://www.savefile.com/files/2178263
Posted by Jendelahatiku4ever at 10:21 PM 2 comments
Labels: alpha, digital scrapbooking
Digital Scrap Booking
Akak juga suka dengan digital scrap book nie..ye la kan takde la payah2 nak mengunting,menampal dan menyemak bagai..hehe..bahan2nya akak carik dalam ternet ajer la..
ada akak buat koleksi..nanti akak akan share kat sini..
ari nie akak ade buat satu gambar scrap..camne..?cantik tak..??iiiii..so so ajer lah kan...
ahaks!ok lah kalau ade sapa2 yg punya hobi yg sama ngan akak boleh la kita share-share kan..
Posted by Jendelahatiku4ever at 7:40 PM 0 comments
Labels: digital scrapbooking, hobby
Sunday, July 26, 2009
Masak lemak pucuk ubi dengan ikan kering
Ari Sabtu lepas akak ke pasar bekenan tengok pucuk ubi segar bugar tu..teringin lak nak makan masakan kampung.Akak pun beli la 2 ikat nak masak lemak cili api ngan ikan kering..
selera betul makan nasik..tambah lak ngan sambal tumis sotong...fuhh..terangkat..
MASAK LEMAK PUCUK UBI DENGAN IKAN KERING
- 3 ikat pucuk ubi
- 300 gm tulang ikan talang kering
- 1 sm kunyit hidup
- 1 biji bawang merah
- 8 biji cili api
- 1 batang serai
- 1 keping asam gelugur
- santan (ikut suka)
- sedikit garam
CARA-CARA
- Hiris pucuk ubi agak2 nipis dan rebus.Setelah pucuk ubi empuk buangkan air rebusan itu.
- kunyit,bawang dan cili api di tumbuk,serai dititik dan dimasukkan kedalam periuk yg berisi pucuk ubi tadi.
- Rebus pucuk ubi bersama bahan yg di tumbuk bersama santan cair dan ikan kering,asam keping bersama santan cair.
- Tambah sedikit garam,bila dah mendidih masukkan pati santan..kacau sehingga santan masak dan angkat.
Posted by Jendelahatiku4ever at 2:38 PM 1 comments
Labels: sayur
Tuesday, July 21, 2009
Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Minggu lepas ada member hubby datang jual petai kat umah..10 tangkai rm6 aje.
Ini la petai yg akak beli tu..sempat lagi berpossing haa..
Dah lama tak buat sambal tumis petai lah.. guna udang yang sederhana besar ajer..anak2 dara akak tu tak suka sangat makan udang..
kalau buat sambal tumis ngan petai tu depa pilih ambik petai ajer..udangnya tinggal dalam piring..petai akak ambil biji ajer..akak tak suka makan petai ngan kulit..
Untuk entri resepi yang pertama nie akak persembahkan la sambal tumis petai yang dah pun akak snap,hemm..belum pandai nak snap gamba yg cantik2..hehe..
Posted by Jendelahatiku4ever at 8:54 AM 0 comments
Labels: Sambal Tumis
Monday, July 20, 2009
Assalamualaikum
macamana la agaknya boleh tercipta blog nie..haha..bukan sebab nak glemerkan blog macam bloggers2 yang dah popular tu tau..tidak sama sekali untuk menandingi mereka..blog ini terbina hanya kerana minat saja..akak minat dalam dunia internet nie hehe..maklum la kan dunia internet nie adalah satu perkara baru bagi akak..dulu-dulu masa akak skolah dalam tahun 80an mana ada pendedahan tentang IT dan internet nie..dulu lepas aje skolah pegi blaja trengkas ler..hehe..lepas tu upgred sket sambung blaja komputer pulak..belaja basic aje..dapat guna komputer pun masa dalam kelas itu saja lah..tiada pendedahan tentang internet lagi...selepas dah bekerja dalam hujung2 tahun 90an tu barulah akak berjinak2 dengan internet nie..benda paling senang nak belajar tentang internet ialah chatting la kan..hahaha..giler chatting la pulak..aduhh..dan akak start mengenali dunia blog nie dari porem Cari.com la..dan dari situ la akak mula belajar apa itu blog..dan akak juga ada register blog dari multiply..itu lah blog akak yg pertama dan akak maintain sampai ke hari ni..
Blog ini pula tentang apa agaknya ya..??sebenarnya tajuk ajer Da Kitchen hehe..maklum la kan akak nie orang dapur...isteri kepada suami tersayang dan ibu kepada 5 orang cahaya mata...tapi bukan bererti semua entri akan berkisar tentang dapur ajer..blog nie kira macam pasembor penang la..semuanya ada...macam iklan astro.."macam2 adaaaaa"
Oklah..kiranya ini entri pengenalan la ekk..akak tidak berharap sangat blog ini akan jadi pemes tau..akak cuma suka2 saja..nak tulis dan share apa yg akak suka pada pembaca diluar sana..hikhikhik..ade ke pembaca nih...hahahaha..
Apa yang akak harapkan pada readers semua tolonglah tunjuk ajar pada buah cempedak di luar pagar...hihihi..ikhlas dari hati yang tulus akak nie walau dah tua tapi masih kabur dalam dunia bloggers nie..harap ada yang sudi untuk memberi tips2 dan tunjuk ajar untuk akak meningkatkan traffic blog ini..
Posted by Jendelahatiku4ever at 3:16 PM 0 comments
Labels: blog